MAJLIS GRADUASI PDIM 2018

MAJLIS GRADUASI PELAJAR TAHUN PENGAJIAN 2017/2018

Seramai 20 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian dua tahun mereka di Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi (PDIM). Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari Sabah, Sarawak, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Mereka telah menerima Sijil Tamat Pengajian dan juga Sijil Pencapaian Pengajian sepanjang dua tahun di PDIM pada 24 November 2018. Seramai 10 orang pelajar lepasan PDIM ini berjaya melanjutkan pengajian ke Institut Latihan Dakwah Selangor (ILDAS).