PDIM menawarkan Pengajian Asas Islam kepada saudara baharu dan anak saudara baharu. Tempoh minimum pengajian ialah satu tahun. Antara bidang pengajian utama di PDIM ialah:

  • Aqidah
  • Feqah
  • Akhlak
  • Tajwid

Di samping itu, amali solat, hafazan surah pilihan, bahasa Arab asas, kemahiran tulisan jawi dan praktikal dakwah juga diadakan. PDIM menggunakan sukatan pelajaran yang sesuai dan mampu diikuti oleh semua pelajar saudara baharu. Setiap tahun, seramai 40 orang pelajar akan diterima masuk untuk pengajian tersebut.

Pengajian akan berlangsung selama dua penggal. Semua pelajar akan menduduki peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Sijil tamat pengajian mengikut pencapaian akan diberikan kepada semua pelajar dalam Majlis Graduasi pada setiap akhir tahun.

PDIM memiliki tenaga pengajar yang berkelulusan bidang agama dari pelbagai institusi pengajian dalam dan luar negara. Kerjasama dengan institusi pengajian lain membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang seiring kemajuan bidang pendidikan negara.