Segala perbelanjaan, peruntukan dan kos pengurusan Yayasan Abu Bakar (YAB) dibiayai sepenuhnya oleh syarikat-syarikat korporat, agensi kerajaan (Lembaga Zakat) dan individu pada setiap tahun.


Bagi menyebarluaskan usaha dakwah dan bantuan kebajikan, YAB turut mengalu-alukan sumbangan daripada syarikat-syarikat swasta serta syarikat-syarikat kaitan kerajaan (GLC) yang lain, sebagai satu semangat muafakat menyokong segala usaha murni YAB.