LAWATAN MAHABBAH
Alhamdulillah selesai sudah Lawatan Mahabbah & Perkongsian Info bersama ahli Hidayah Centre Foundation dari 4 negeri iaitu : Kedah , Pulau Pinang, Perlis dan Perak. Semoga perjumpaan ini mengiratkan lagi silaturahim antara PDIM dan Hidayah Centre Foundation. Sila layari : www.facebook.com/yayasanabubakar
KEM REHLAH MTAS DAN PDIM 2019
Pada 16-18 Disember 2019, Pihak Yayasan Abu Bakar telah mengadakan program Rehlah bersama semua pelajar dan guru Yayasan di Pulau Pinang. Selama 3 hari 2 malam, banyak tempat dikunjungi dan pelbagai aktiviti dirancang bagi meraikan warga yayasan. Semoga program ini dapat mengeratkan …. Read More
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG PDIM DAN MTAS TAHUN 2019
Majlis Anugerah Cemerlang diadakan untuk meraikan pelajar-pelajar yang mencapai tahap yang cemerlang pada akhir setiap tahun pengajian. Majlis ini melibatkan pelajar Mahaad Tahfiz Al-Quran As-Siddiq dan Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi pada 15 Disember 2019.
HARI SUKAN YAYASAN ABU BAKAR 2019
Pada 31 Oktober 2019, pihak pengurusan telah mengadakan Hari Sukan melibatkan warga Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi dan Maahad Tahfiz Al-Quran As-Siddiq. Aktiviti permainan antaranya seperti Memanah, Sepak Takraw, Bowling padang, dan Ping Pong
MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU YAB (2019)
Majlis Sambutan Hari Guru diadakan setiap tahun mengikut tarikh Kementerian Pelajaran Malaysia bagi memberi peluang kepada pelajar menghargai jasa dan ilmu yang dicurahkan oleh tenaga pengajar. Pelbagai aktiviti persembahan pelajar diadakan.
MAJLIS GRADUASI PDIM 2018
MAJLIS GRADUASI PELAJAR TAHUN PENGAJIAN 2017/2018 Seramai 20 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian dua tahun mereka di Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi (PDIM). Mereka terdiri daripada pelajar-pelajar dari Sabah, Sarawak, Perak, Pulau Pinang dan Kedah. Mereka telah menerima Sijil Tamat Pengajian dan …. Read More
MAJLIS AIDILFITRI PDIM 2018
Majlis Aidilfitri pada 12 Julai 2018 diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri. Tujuan utama ialah untuk mengingatkan pelajar tentang pentingnya terus istiqomah dalam melaksanakan amal ibadah yang dilakukan sepanjang bulan Ramadhan.
KELAS PDIM SESI 2017/2018
PERJUMPAAN BULANAN ANTARA GURU DAN PELAJAR PDIM Perjumpaan bulanan diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mengemukakan masalah ataupun menyatakan pandangan/cadangan. Tenaga pengajar akan memberikan penjelasan dan juga motivasi kepada pelajar dalam sesi perjumpaan ini.