Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi (PDIM), Yayasan Abu Bakar ditubuhkan pada bulan Mac 2013 dan telah didaftarkan secara rasminya di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah dengan nombor pendaftaran 09/2014.


Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi (PDIM)

Matlamat penubuhan PDIM ini adalah untuk berperanan sebagai sebuah pusat bimbingan dan latihan bagi golongan saudara baharu (mualaf) ke arah memantapkan akidah Islam. Selain itu, melalui pelbagai program pengajian ilmu, bimbingan dan latihan dakwah, PDIM berusaha membina peribadi Muslim yang soleh. Pemantapan sahsiah diri, iman dan amal soleh dalam kalangan saudara baharu khususnya diharap dapat membendung gejala murtad.

Penubuhan PDIM juga adalah sebagai satu usaha membantu organisasi kerajaan mahupun NGO Islam yang lain dalam usaha dakwah Islamiah di seluruh negara ke arah memartabatkan kedudukan agama Islam di Malaysia.