Maahad Tahfiz Al-Quran As-Siddiq, Yayasan Abu Bakar telah beroperasi sejak tahun 2013 di Alor Setar dan telah didaftarkan secara rasminya di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dengan nombor pendaftaran 08/2013. Mulai tahun 2019, MTAS dipindahkan ke Kompleks Yayasan Abu Bakar di Sungai Petani.

Matlamat penubuhan MTAS adalah semata-mata untuk melahirkan golongan huffaz yang dapat berkhidmat kepada masyarakat Islam. MTAS membuka peluang pengajian kepada anak-anak muda yang berminat menjadi hafiz. Setiap tahun pengambilan dibuka untuk 40 orang sahaja.