Pendahuluan

Malaysia ialah sebuah negara yang penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Kepelbagaian bangsa dan agama ini tidak menjadi faktor penghalang kepada penyebaran agama Islam kepada masyarakat bukan Islam di negara ini khususnya.


Perkara 3(1) dalam Perlembagaan Persekutuan ada menyatakan bahawa ‘Islam ialah agama rasmi Persekutuan; tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana-mana bahagian Persekutuan’.

Usaha mensyiarkan agama Islam adalah tanggungjawab semua orang Islam, sama ada secara individu, jamaah, pertubuhan, agensi dan sebagainya. Hal ini jelas dinyatakan dalam Al-Quran:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.”


(Surah Ali ‘Imran : 104)

Oleh itu, usaha menyebarkan Islam (dakwah) dan memeliharanya agar tidak tergugat (ancaman akidah) adalah sangat penting dan perlu komitmen daripada setiap umat dalam bentuk kewangan, tenaga, kemahiran dan penyediaan kemudahan-kemudahan fizikal yang berkaitan.

YAB – Sungai Petani

Kompleks YAB

Kompleks YAB

Kompleks YAB

Gerbang YAB

Gerbang YAB

Loading image... Loading image...