
Maahad Tahfiz Al-Quran As-Siddiq (MTAS), Yayasan Abu Bakar telah beroperasi sejak tahun 2013 di Alor Setar dan telah didaftarkan secara rasminya di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah dengan nombor pendaftaran 08/2013. Mulai tahun 2019, MTAS dipindahkan ke Kompleks Yayasan Abu Bakar di Sungai Petani.
Matlamat penubuhan MTAS adalah semata-mata untuk melahirkan golongan huffaz yang dapat berkhidmat kepada masyarakat Islam. MTAS membuka peluang pengajian kepada anak-anak muda yang berminat menjadi hafiz. Setiap tahun pengambilan dibuka untuk 40 orang sahaja.
Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. [Riwayat al-Bukhari (5027)]
Pengajian Tahfiz menurut tradisi keilmuan Islam berada pada Peringkat Permulaan atau sebagai satu Asas Dalam Pendidikan. Perincian pengajian di MTAS adalah seperti berikut:-
- Tempoh pengajian max 5 tahun (Berdasarkan pemantauan prestasi).
- Pengajian ditaja oleh pihak Yayasan Abu Bakar.
- Yuran komitmen RM 120 sahaja setiap bulan.
- Penerapan Ilmu & Praktikal Fardhu Ain.
- Penginapan Asrama yang selesa.
- Makan 3 kali sehari.
- Fasiliti sukan dan riadah.
Pengambilan pelajar dibuka bagi kemasukan setiap tahun. Tempat adalah terhad kepada 40 orang pelajar.
“Melahirkan Daie Al-Hafiz Soleh wa Musleh”
Maklumat lanjut sila hubungi pejabat di talian 04-4380080 untuk maklumat temuduga.