Program Ceramah Israk Mikraj 2024
Program ringkas ini telah diadakan di Dewan Yayasan Abu Bakar dengan ceramah yang disampaikan oleh penceramah Al-Fadhil Ustaz Imron bin Hj Ahmad (Pengerusi PERKIM cawangan Kuala Muda). Tujuan program ini bagi mengingati dan mempelajari iktibar dari peristiwa agung.
MAJLIS KHATAM AL-QURAN MTAS DAN GRADUASI PDIM 2023
Majlis Khatam Al-Quran dan Graduasi PDIM 2023 ia bagi meraikan kecemerlangan yang dicapai oleh pelajar-pelajar MTAS dan PDIM. Semoga kejayaan ini dapat dijadikan contoh dan menaikkan lagi semangat pelajar-pelajar yang lain.
REHLAH PANTAI MERDEKA 2023
Sekitar Program Rehlah Pantai Merdeka yang melibatkan semua pelajar Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi (PDIM) dan tenaga pelajar pada 16 Ogos 2023.
PROGRAM LATIHAN MEMADAM KEBAKARAN
Sekitar Program Latihan Memadam Kebakaran yang melibatkan semua warga KYAB pada hari berkenaan untuk pertama kalinya diadakan. Program tersebut dihadiri pasukan Bomba dari Tikam Batu, Sg.Petani, Kedah bagi memberi taklimat dan demostrasi memadam kebakaran kepada semua warga KYAB.
Majlis di Ambang Ramadhan 2023
Majlis telah diadakan pada 20/03/2023 (Isnin) dengan menjemput penceramah oleh Ustaz Dr.Jazmi bin Md Isa bertempat di Dewan KYAB.
MAJLIS GRADUASI 2022 dan Majlis Menandatangani MoU antara IPSI dan YAB
Majlis Graduasi 2022 bagi menyampaikan sijil dan hadiah kepada pelajar-pelajar PDIM dan MTAS dengan dihadiri waris pelajar, NGO dan tetamu luar. Selain itu, turut menjayakan majlis menandatangani MoU antara IPSI (Islamic Propagation Society International) dan YAB.










