Yayasan Abu Bakar (YAB) ialah sebuah organisasi bukan kerajaan ditubuhkan pada tahun 2006 dengan modal sebanyak RM1 juta. YAB dipelopori oleh Yang Berbahagia Tan Sri Dato’ Paduka Haji Rahmat bin Haji Abu Bakar di Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Matlamat utama penubuhan YAB adalah untuk memfokuskan khidmatnya kepada tiga bidang utama iaitu keagamaan, kebajikan masyarakat dan khidmat sosial. Operasi YAB tertumpu pada urusan mengelola dan melaksanakan kerja-kerja amal serta program-program berbentuk kebajikan sahaja tanpa motif keuntungan.

Pada tahun 2013, segala operasi dan aktiviti YAB tertumpu di Kompleks Yayasan Abu Bakar. Beralamat di Lot 1702, Kampung Pokok Asam, Jalan Pinang Tunggal, 08600 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Dari pusat bandar Sungai Petani, jaraknya lebih kurang 7 kilometer. Jarak daripada Plaza Tol Sungai Petani Selatan (PLUS) hanya 4 kilometer sahaja .

- Kompleks Yayasan Abu Bakar menempatkan :-
- Pusat Dakwah Islamiah Al-Muhammadi (Pusat Pengajian Untuk Mualaf)
- Maahad Tahfiz Al-Quran As-Siddiq (Pengajian Hafazan Quran)

- Motto ‘Membentuk Generasi Insan Soleh wa Musleh’.

Pelbagai kemudahan lengkap ada disediakan di kompleks ini bagi kedua-dua pusat pengajian tersebut.



