Program Ceramah Israk Mikraj telah diadakan pada 16/03/22 melibatkan pelajar MTAS & PDIM serta guru-guru dan staf. Ceramah yang bertajuk ” Memperingati Peristiwa Agung Israk Mikraj” telah disampaikan oleh penceramah Ustaz Dr. Jazmi bin Md Isa (IPDA).
Kesimpulan bagi peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah S.W.T dan takut kepada kekuasaan-Nya.